Assalamualaikum
Kami bergerak dari homestay ke Padang Besar Train Station pada jam 7.00am. Oleh sebab homestay ni belakang station je, maka kami pun decide nak berjalan kaki je. Sesampai je di train station, kami terus ke kantin untuk breakfast. Lapau kau.
Selesai breakfast kami terus ke bawah menuju ke immigration. Sebelum check di immigration, i olls berlari ke luar kejap untuk beli tiket train ke Hatyai. I olls beli kat counter Thai.
biase la rombongan mak2 jemah
yang sorang lagi dipaksa untuk snap pic ni
Ramai sungguh rakyat Malaysia yang nak ke Hatyai. Sebelum check tu dorang akan bagi 1 form untuk diisi. I olls tak tau kene isi dua2 form tu, ingat 1 je. I olls first time g negara luar negara guna darat, so ilmu tu takde. Form tu kene isi dua2 helai ye fyi hehe.
rupa train ke Hatyai, klasik sangat especially kipas tu. Syok oo..
Oleh sebab ramai sangat, so perjalan tertangguh sket. Lewat dalam 1/2 jam kalau tak silap. Perjalanan dari Padang Besar ke Hatyai mengambil masa selama lebih kurang 50 minit.
Sampai di Hatyai dalam jam 9.50am waktu Thai. Misi ni penting. Pertama nak cari tuk tuk untuk pergi ke Asean Hotel, kedua, mencari tiket ke Koh Lipe. Alhamdulillah bertemu sorang driver tuk tuk ni bawak kami ke counter yang jual tiket van + speedboat ke Koh Lipe.
Kami juga sebenarnya plan nak sewa tuk tuk tu sehari. Ok, kat sini skill bargain korang perlu la di asah. Harga pertama driver tu tawar adalah THB1500. Aku nego lagi, dia turun kan harga jadi THB1200. Tapi aku refuse, sebabnya sebelum datang sini aku dah buat research siap2. Korang bole dapat harga dlm THB800 - THB1000 untuk sewa tuk tuk.
Dalam masa yang sama kawan2 dia tengah offer aku tiket ke Koh Lipe. Harga yang ditawarkan adalah THB850/person. Harga ni adalah one-way sebab lepas Koh Lipe kami akan ke Trang. Aku refuse and bergerak keluar. Setelah tawar-menawar, tarik tali bagai akhirnya mereka setuju bila aku minta THB700/person. Driver tuk tuk tu plak setuju dengan harga THB1000.
Untuk ke Asean Hotel, kami bayar THB20/person. Sebelum sampai ke Hatyai, aku dah email siap2 kat Asean Hotel, request for check-in awal. Alhamdulillah sesampai je kami tunggu sekejap je, pastu dah dapat masuk bilik. Sedap woo dapat air-cond. Tapi tak duduk lama la sebab dah janji ngan drebar tuk tuk tu nak g merayap.
Drebar tu offer pergi 3 tempat, korang bole pilih mana korang nak pergi. Kami pilih Samila Beach, Floating Market & Asean Night Market.
Samila Beach
Samila Beach terletak di Songkla. Agak jauh juga, dalam 30-40 minit dari Hatyai City. Samila Beach terkenal dengan Golden Mermaid Statue. Aku tak ambil gambar ngan statue atas beberapa sebab. First, sebab aku tak berminat nak ambil gamba ngan patung hehe, second sebab masa sampai kat pantai ni hujan turun ngan lebatnya, last sebab ramai giler nak amek gambo ngan patung tu.
ni la patung nye.. masa ni hujan, sume dah blah,
aku ngan anak sedara aku je yang gigih bergambar kat pantai ni
santai je sepupu aku
Shopping di Samila Beach
Sebenarnya aku agak menyesal sebab tak beli most of souvenirs kat sini. Sebabnya bila aku compare harga souvenirs kat sini lagi murah dari Hatyai Night Market. Contohnya, sebungkus pouch (ade 3 pouch semuanya) bersaiz sederhana berharga THB90, yang kecik THB80. Tapi di Hatyai Night Market, semua pouch tak kira size berharga THB100. Agak ralat juga la, sebab ingatkan dekat night market bole dapat harga yang lagi murah,
Selain tu, untuk small key chain kat Samila Beach, kita bole dapat 11 key chain dengan harga THB100. Berbanding kat night market, 5/6 pieces berharga THB100. Berbeza sangat. Apepun sila berbelanja secara berhemat. Kalau bole buat comparison lagi bagus, takde la menyesal dikemudian hari hehe.
Sepatutnya kami patut melawat satu pagi pantai tapi semua dah lapar, so kami decide nak trus g Floating Market.
Floating Market
Kami sampai di Floating Market agak awal, dalam jam 4.30pm kalau tak silap. Masa sampai most of peniaga baru nak setup gerai dorang. Tapi apedehal.. redah je la kan. Panasnya Nauzubillah, tak tahan.
Sampai je sini, terus menuju ke gerai sampan kat bawah ni, tak pandang dah kiri kanan. Maklum la semua dah lapau bebenau.
Selesai makan kami keatas balik. Kisahnya, kami baru tau kat atas tu lagi banyak gerai. Gerai makan, gerai souvenirs, macam-macam. Tu la kan, masa sampai tu menonong je ke bawah, lapau katanye haha.
Harga souvenirs kat sini agak mahal sket compare kat Samila Beach. Peniaga kat sini pun refuse nak bagi kurang. Ko nego la camne pun, dia tetap tak nak turun kan harga huhu. Maka kami pun blah je la.
Asean Night Bazaar
Seperti Floating Market ni juga, kami sampai awal kat sini. Banyak lagi kedai2 yang belum buka. Boring giler.
Asean Night Bazaar ni banyak jual baju, seluar & kasut. Kalau nak cari souvenir memang susah la, kalau ada pun 3,4 kedai je. Mungkin kedai2 yang belum bukak tu adalah kedai souvenir? xtau la kan..
Di tingkat atas ada food court, walaupun tak banyak gerai, tapi pilihan makanan banyak juga. InsyaAllah ada yang halal. Rasanya xtau la sebab kami tak makan pun kat situ, beli buah & air je.
Semua bosan & tak sabau tunggu drebar tuk tuk datang amek.
Breakfast = RM3.40/person (total RM17)
Tiket train ke Hatyai = THB70/person ~ RM8.90
Tuk tuk = THB1000 ~ THB200/person
Tiket ke Koh Lipe = THB700/person
Sekian, assalamualaikum..
p/s: next destination adalah Koh Lipe.
Assalammualaikum.. boleh saya tahu apa nama tempat bermalam kamu di Padang Besar? Tq ☺️
ReplyDeleteJom ke HATYAI dari KL 6-9 DEC 2019 !!!!!! Hanya RM299/pax termasuk transport + hotel + tour guide + travel insurance ✈ Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.
ReplyDelete