Search This Blog

Bercuti di Padang Besar, Perlis

10/2/2017

Assalamualaikum,


Gerak dari rumah jam 5.00am. Dari rumah kami ke KL Sentral menaiki grab car. Tiket keretapi untuk ke Padang Besar sudah dibeli beberapa minggu sebelum perjalanan (semangat mak hokey! 😎). Sesampai je di KL Sentral, kami semua berlari mencari surau dan toilet. Terpaksa rushing sebab keretapi akan bergerak jam 7.10 pagi.






Seperti yang dijadualkan, kami menaiki ETS ke Padang Besar 7.00 pagi dan perjalanan bermula jam 7.10 pagi. Sepanjang perjalanan dapat la tengok beberapa view seperti gunung-ganang, perkampungan & sawah padi. Keretapi pulak berhenti sebanyak 6 stations.






Kami sampai di Padang Besar jam 12.30 pm. Sampai je di Padang Besar, misi utama adalah mencari kenderaan ke homestay yang kami dah booked. Oleh sebab ni 1st time datang ke Padang Besar, so kami memang blurr la kejap sebab tak nampak pun teksi ke bas kat sini. 



blur2 pun sempat amek gambau lagi, walaupun tengah panas 


Alhamdulillah selepas beberapa minit ade la sorg pakcik ni offer nak hantar kami ke homestay dengan sedikit bayaran. Sampai je kat homestay baru perasan, homestay ni kat belakang train station je.. coii sangat !


homestay yang kami booked, Wafa Homestay


Misi berikutnya adalah mencari kereta sewa untuk sehari. Susah jugak nak cari, adala jumpa beberapa no. dalam google, tapi semua dah fully booked. Oleh sebab kami pergi masa rakyat Malaysia sedang bercuti-cuti Malaysia, makanya memang susah la nak dapat kereta sewa. 

Alhamdulillah owner homestay kami Abg Don tolong. Susah payah, call sana sini cari kereta untuk kami. Dapat la akhirnya kereta kelisa, cukup la untuk kami berlima. TQ Abang Don. Sesapa nk menyewa homestay bole call, no. ade kat gambau atas tu. Jam 3.30 petang kereta sewa sampai. 


Gua Kelam

Point pertama di Padang Besar adalah Gua Kelam. Syukur la ade waze sekarang ni. Dari homestay ke Gua Kelam mengambil masa dalam 30 minit. Sampai Gua Kelam kami parking dan terus menuju ke signboard Gua Kelam sebab nak amek gambau 😝, kemudian ke counter untuk membeli tiket. Ok lupe, hati-hati ye kat parking banyak monyet.

saya tau beg saya senget 😉







Gua Kelam yang dulu bukanlah Gua Kelam yang sekarang, sekarang dh bercahaya sket, Tapi aku still seram sejuk masa masuk sini. Kejap je dapat explore gua ni sebabnya pakcik counter tu suh keluar before 5pm. Kejap pun dh cukup buat aku, seremmmm.. tambah plak geng lain tinggalkan aku kat belakang, biase le sibuk benau amek bidio.

Kat Gua Kelam kami explore gua saje, takde la plak cecahkn jari kaki kat sungai yang ade kat luar gua tu. Next time insyaAllah.


Kuala Perlis

Next point adalah Kuala Perlis. Berbekalkan waze dan kehebatan kelisa, kami memecut plak ke Kuala Perlis. Agak jauh juga Kuala Perlis dari Gua Kelam, amek masa dalam 40 - 50 minit gitu. 

Sampai je kami terus ke Masjid Terapung di Kuala Perlis, Masjid Al-Hussain. Sungguh cantik. Masa sampai tu matahari dah nak turun. Muka memang kene tembak la ngan matahari, panas woi nak buka mata pun tak bole. Kami duduk sekejap lepas tu kami decide cari tempat makan. Masing-masing dah lapau benau.

ihsan dari Cik Ct, sorry gambau gelap



Kami pilih kedai MONA Ikan Bakar. Pada kami ok je la makan kat sini, yang penting kenyang dan harga pun berpatutan dengan ape yang kami order.


Makan untuk 5 orang, kerang bakau tak masuk dalam gambau sebab lambat sampai ke meja, 
sorry kerang 😎

kedai makan tersebut

Dinasihatkan sesape yang stay kat Padang Besar dan berhajat nak datang sini, sila datang awal. Sebabnya masa balik nanti anda akan menempuh perjalanan yang panjang dan gelap (sebab guna waze kot, aku follow je la).


Arked Niaga

Kami tak sempat nak melawat Arked Niaga sebabnya rushing nak pergi ke Gua Kelam & esok pepagi kami akan bergerak ke Hatyai. InsyaAllah next time akan melawat Arked Niaga.


Secara ringkasnya, kos bercuti di Padang Besar adalah seperti di bawah:


Grab Car = RM5/person (RM25/car)
Tiket ETS = RM68/person (1 way)
Breakfast = RM10/person
Teksi ke homestay = RM4/person (total RM20)
Homestay = RM20/person (RM100/day)
Sewa Kereta = RM14/person (RM70/day)
Minyak = RM5/person (RM30)
Paking = RM0.20/person (haha) (RM1/car)
Entrance fee = RM5/person
Makan = RM19.80/person (total RM99)

TOTAL = RM151/person

Sekian pengalaman kami bercuti pendek di Padang Besar, Perlis.

Note:

1. Padang Besar adalah first point kami untuk kembara ke Selatan Thailand.
2. Kalau tak sempat breakfast don't worry dalam ETS ade kantin, bole beli kat situ
3. Sebelum ke Padang Besar sila booked kereta awal2, kalau tak jadi macam kami kene byau lebih huhu.


p/s: Next destination adalah Hatyai


6 comments:

  1. Tq cik jue for the info..

    ReplyDelete
  2. Means boleh jalan kaki ke dr stesen pdg besar ke homestay tu? 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole, tapi menapak la sket. Naik jejantas yg menghala ke kastam, turun ambil kanan utk kluar dr kastam, pastu terus je sampai ke kedai2. Jgn lupa tanya org2 kat situ lokasi homestay tu sbb kene masuk satu lorong ☺

      Delete
  3. Klu dtg skrg tgh musim buah mempelam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😱 sedap tuuu.. 😋, patut dtg time mcm ni..

      Delete