Tuesday, February 6, 2018

Bercuti di Koh Lipe, Thailand

Assalamualaikum & hi,

Post ni adalah sambungan kepada post bercuti di Hatyai. Kami bergerak dari Asean Hotel, Hatyai lebih kurang jam 8.30am. Van dh menunggu di depan hotel. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. View? sama je macam Malaysia.



Pak Bara Pier

Sampai di Pak Bara Pier kami terus beli tiket ke Trang, point ke-4 kami untuk misi jelajah Selatan Thai. Harga tak ingat la plak huhu, sorry ye, maklum la dah setahun baru ade mood nak sambung update pasal Koh Lipe kah kah.

Perjalanan dari Pak Bara ke Koh Lipe mengambil masa selama 1 jam 30 minit, lama kan? speedboat hokey bukan ferry, bole nampak jauhnye Koh Lipe ni. Nama pun naik speedboatkan? so harus la laju. Aku rasa drebar ni dah takde perasaan kot, sebab dia langgar je ombak. Kami ni dh terlambung2 terjerit2 kat dalam boat ni sket pun dia tak heran *eh tacing plak haha. Walaupun speedboat laju, tp  pergh bosan giler sebab lama. Tapi yang best dapat la tengok laut yang biru & pulau2 sekitar.




Koh Lipe

Sampai je Koh Lipe.. Subhanallah sangat cantik. Permandangan yang terindah setakat ni. Semua orang kat dalam boat berdiri & terpegun tengok kecantikan aku, eh Koh Lipe.

Sampai Koh Lipe cari tuktuk untuk ke hotel. Aku tau hotel depan pantai, tapi bila dh sampai bole nampak berderet hotel tepi pantai, nk cari satu2 memang x la kan. So, kami decide naik tuk tuk je.






Forra Diving Resort Pattaya Beach

Kami booked Forra Diving Resort Pattaya Beach. Hasil dari pencarian melalu Google, ini la antara hotel termurah kalau korang nak di Pattaya Beach dan menghadap laut. Yang lain jauh la sket dr laut.

Kami booked 3 hari 2 malam pada harga RM425.96. Oleh sebab bilik ni untuk 4 orang, kami terpaksa tambah duit untuk sorang lagi. Tak ingat bape, sorry again.

Biliknya sangat traditional. Materialnya mostly adalah bamboo, no air-condition. Resort ni dimiliki oleh mat salih.



Walking Street

Selepas check-in dan berehat, kami pun keluar cari makan di Walking Street. Kami jalan kaki je lalu pesisir pantai. Dalam 5-6 minit dh sampai ke Walking Street. Perjalanan ke Walking Street kadang2 mengambil masa selama 10 ke 15 minit sebab ada anjing lepak tepi pantai haha. Koh Lipe banyak anjing hokey.  

Di Walking Street ada 3 restoran halal (setakat yg aku tau), yang lain adelah pub dan restoran yang kehalalannya diragukan. Harga makanan agak mahal ye. Kalau sesape dh pergi ke Krabi, mesti terasa ngan harga kat Koh Lipe ni. Contohnya, harga teh ais kat Krabi dalam 20 bhat, tp kat sini 50 - 60 bhat, sila pengsan. Untuk jimat duit, ktorg share je air. Makan pun amek yang murah2 je. Maklum la, ade 2 tempat lagi ktorg nak jelajah selepas Koh Lipe. So, harus la kedekut disitu.

Sepupu aku sempat lagi cuba spa & urut kat sini. Aku tukang tengok je la sambil guna wifi free hehe. Selepas selesai ktorg merayap lagi cari package2 yang menarik untuk activity esok pagi. Kami terjumpa sorang abg ni, org Golok klu x silap, cakap melayu klate lagi, senang sket nk berurusan. Kami ambil package plg murah. Tak kisahlah murah, yg penting dapat pergi 4 tempat & include lunch. Harga akan diupdate kemudian, maaf.

Sebelah tong sampah pun bole


Island Hoping & Snorkeling

Kol 8am ktorg dh terpacak kat depan resort. Tak sabar gamaknye nak snorkeling hihi. Snorkeling di Koh Lipe memang sangat best. Air biru, jernih, view cantik.. memang best la





Berhempas-pulas juga la abang2 tu melayan ktorg haha




 Activity kakak aku haaha








Last day kami check-out awal sebab nak kejar speedboat ke Pak Bara dan van ke Trang. As usual sempat lagi ktorg snap gambar. Gambar kat Koh Lipe ni korg xyah edit, memang dh cukup cantik utk di upload ke instagram korg.








Alhamdulillah selesai. Lepas Koh Lipe kami ke Trang. Nanti aku update activity kami kat sana. Salah satu activity menarik adalah ke gua yg sangat rendah. Kalau nak masuk kene baring dalam sampan. InsyaAllah aku update kemudian. Adios amigos.

No comments:

Post a Comment