Search This Blog

Shampoo Terbaik - Good Virtues Co.

Assalamualaikum & hi,

Aku menghadapi masalah rambut gugur yang agak teruk. Bertambah teruk bila rambut semakin banyak kelemumur dan kulit kepala gatal. Dah banyak kali bertukar shampoo tapi masalah aku masih tak selesai. Pelbagai jenis shampoo aku dah guna, semua tak jalan. Aku dah stress sampai terpaksa gunting rambut pendek. Sedih tau.. Shampoo2 yang aku pakai tu bukan tak bagus yer, bagus2 semuanya tapi tak sesuai dengan kulit kepala aku kot. 

Ok sambung balik. Selapas gunting rambut aku terus google shampoo terbaik untuk rambut gugur. Akhirnya aku terjumpa tentang Good Virtues Co. Aku terpikat kat brand ni sebab:

  1. Organic
  2. Guna habbatus sauda
  3. Botolnya cantik 😂
  4. Harga berpatutan
  5. Local product
Alhamdulillah kebetulan gaji pun dah masuk, apalagi waktu lunch berdesup i pergi Watsons. Syukur alhamdulillah waktu pergi tu Watsons tengah buat sale. Plan asal nk beli shampoo je, tapi sekali dengan conditioner dan day cream aku grab. Punya la tamak haloba kan..

Setakat hari ni (8/9/2018) dah 4 kali kot aku pakai shampoo ni. Ye aku baru beli last week shampoo ni hahaha. Ni pengalaman aku setelah 4 kali pakai (baru 4 kali, kecoh je minah ni haha).


Good Virtues Co. - Shampoo and Conditioner



Pertama sekali yang aku perasan setelah pakai shampoo ni adalah baunya. Wangi bak hang ! sedapnye bau dia, mohon jeles semua hahaha. 

Ok ni pengalaman aku, ikhlas dari hati. Hari pertama pakai masih ada kelemumur sikit, kepala pun ada gatal sikit. Hari kedua, kelemumur dan gatal makin kurang, rambut gugur macam biasa, masih banyak. Hari ketiga, rambut semakin pulih, kelemumur dah takda, rambut gatal dah takde, rambut gugur dah kurang. Kali keempat hari ni, alhamdulillah rambut dah ok. Tadi sikat rambut ada la dalam 3,4 helai rambut gugur, standard la tu kan?

So, kawan2 yang ada masalah rambut, bole la cuba shampoo ni. Mana tau sesuai dengan kulit kepala. Kalau sesuai insyaAllah rambut akan bertambah baik.



Good Virtues Co. - Day Cream



Aku memang memerlukan day cream. Sebab kulit muka agak kering. Rasa tak sedap kalau tepek bedak, rasa kasar, tegang, pendek kata memang tak selesa la. So, masa beli shampoo tu aku teringin la plak nak cuba day cream by GVC ni. Dengan confidentnye aku pun sambar satu.

Day cream ni memang aku pakai hari2. Cream nye cepat meresap kat kulit dan ringan, takde la rasa capuk sana capuk sini. Yang penting takde rasa tebal2 kat muka. Aku memang tak selesa la kalau cream tebal2 ni, rasa rimas. Alhamdulillah memang rasa kulit lembap.  Kulit pun terasa gebu sket. Korang jangan expect bila pakai day cream ni kulit jadi putih melepak, licin macam cermin, tidak ye kawan2, setakat ni belum lagi tanda2 tu, maklum la baru pakai 2 minggu hahaha.


Good Virtues Co. - Lotion



Yang ni aku memang gatal nak beli. Sebab bau shampoo dan day cream tu best, so aku rasa nak try lotion plak. Aku saje la pilih jenis ni, maklum la dah 3 series ni dah ade tanda kedutan2 kat tangan hahaha. Konon2 kalau pakai ni bole la tegangkan balik kulit tu. Berangan sangat. But who knows kan. Ok macam aku cakap kat atas tadi, kulit aku ni memang kering. Bila pakai lotion ni memang aku sangat selesa la. Kelembapan nye kekal tau sampai aku balik kerja, sampai malam. Memang sesuai la kalau aku pakai lotion ni kat office. 


Aku ingat lepas ni nak cuba GVC punya pencuci muka plak. Aku tak beli sebab pencuci muka aku banyak lagi, so terpaksa la bersabar. Ekceli plan asal post ni nak cite pasal shampoo je, tapi dah alang2 aku cite je la semua terus. Semoga bermanfaat untuk semua ye.

Sekarang ni memang banyak sangat product2 baru muncul, especially local product. Pilih yang baik2 ye kawan2. Nak cantik tak salah, tapi jangan sampai memudaratkan. Pilih lah product yang mempunyai kandungan yang baik. Terima kasih.. byeeee...


p/s: ni bukan paid review tau. I blogger tak glemer yang malas nak menaip. Selalu menaip dalam mimpi je haha.

2 comments:

  1. Betul tu. Bau shampu ni memang wangi. Memang suka dgn bau dia

    ReplyDelete
  2. Takut la nak beli sebab rambut ni kuat sangat gugurnya hmm

    ReplyDelete