Search This Blog

Bercuti di Pulau Tioman

Assalamulaikum & hi,


26-Jan-2018

Bergerak dr rumah ke TBS jam 9.30pm. Book Grab Car pada harga RM15/sehala. Sampai d TBS jam 10.30pm, terus ke kaunter untuk ambil tiket. Aku dah book tiket secara online di Redbus pada harga RM66/return (transnasional). 

Oleh sebab bas ke Mersing gerak pada jam 11.45pm, kami decide untuk isi perut dulu. Lapau katanya, balik kerja terus bersiap kan.. lapau la member hihi. Kami makan di Nasi Kandar TBS. Lepas makan terus g tapau jajan. 11.45pm bas bergerak ke Mersing. Bas transnasional memang selesa. Nyenyak betul member tido.

Budget

Grab car - RM15 + Tol = RM20, so/person = RM10
Bus - RM66/return/person
Dinner - Nasi Kandar + teh ais = RM9.30
Jajan - RM20.10 (melantak namanya haha)

Total pembaziran yang aku dh buat setakat ni = RM105.40 




27-Jan-2018

Alhamdulillah selamat sampai di Mersing jam 4.30am. Oleh sebab xtau nak ke mana, kami lepak je kat foodcourt. Agak tersiksa juga sebab toilet dan surau x buka, jam 7am baru buka. Terpaksa la tahan je.

Jam 6.00am kami decide pergi ke masjid. Aku guna google maps ke Masjid Bandar Mersing. Jarak dari Terminal Bas Mersing ke Masjid Bandar Mersing adalah 1.6km dan ambil masa selama lebih kurang 20 minit berjalan kaki. Biasa la mak jemah klu jalan memang lambat la, 20 minit jadi 30 minit wakaka. Tapi ok la, consider bersenam ni. Siap hiking lagi nak ke masjid, sebab masjid ni kat atas bukit. Terasa kurus sket kuku ni haha. Rasa nak tercabut gak la kaki iolls.

Sampai masjid terus solat daan dengar ceramah sampai jam 7.30am. Lepas ceramah kami bersiap untuk ke destinasi seterusnya. Tapi sebelum gerak kami selfie la dulu. Sangat cantik pemandangan dari masjid ni. Oleh sebab masjid ni diatas bukit, dapat la tengok bandar Mersing dari atas. Dapat juga tengok beberapa pulau. Excited iolls.







Ferry ke Pulau Tioman jam 4.00pm. Dalam kepala memang dah plan macam2. Plan asal nak hiking kat Gunung Arong. Tapi kene permit la pulak. Nak apply memang tak sempat sebab aku memang sangat sibuk dekat office. Project baru nak start, so banyak la keje. Plus sekarang musim hujan, so cancel la hiking.

Second plan adalah ke Pantai Penyabung dan Pantai Tanjung Resang. Aku ingat nak book Grab Car. Aku try banyak kali still no service. So, aku surrender je la. Akhirnya kami decide jalan2 je dulu kat Bandar Mersing.







Kami balik semula ke Terminal Bas Mersing. Gigih mak jemah berjalan. Sampai terminal ingat nak sewa teksi ke pantai2 tadi. Tapi pakcik2 situ offer RM60/sehala. Nanges iolls dengar haha. Akhirnya kami decide untuk lepak je la kat terminal.

Masa di terminal, kami ternampak iklan sewa bilik untuk 6 jam pada harga RM30/room. Terus call and book. Dapat la tido and rehat kejap. Aku sempat habiskan 1 movie lagi haha.



Jam 2.30pm kami bergerak ke Mersing Harbour Centre. Tiket ferry aku beli online pada harga RM70/return. On the way tu sempat la juga tapau KFC, konon2 nak makan dalam ferry.

Sampai Jetty dalam 3.30pm. Jam 3.50pm pintu dah buka untuk penumpang naik ferry. Jangan lupa ye ambil permit kat kaunter. Sebab aku lupa haaha, terpaksa beratur balik coiii.

Jam 4.10pm ferry bergerak. Mula2 excited, tp lama2 bosan la plak. Jam 6.00pm kami sampai ke Tekek. Ok kat sini aku dh risau. Ferry ambil masa 2 jam untuk sampai. Tengah fikir macam mana balik nanti. Ok nanti la cite.

Sampai Tekek, kami terus keluar sebab van Berjaya dah tunggu. Sampai Berjaya Tioman Resort terus check-in dan byar RM285/room. 

Sampai bilik terus mandi dan solat. Ingatkan malam tu nak lepak2 kat cafe. Tapi as usual plan tak jadi sebab dua2 dah tak sedau diri. 


Budget

Breakfast - RM10, so/person = RM5
Sewa bilik - RM30, so/person = RM15
KFC = RM16.30
Ferry = RM70/return
Hotel - RM285/room, so/person = RM142.50
Dinner - RM0 (dinner dlm mimpi)

Total pembaziran yang aku dh buat setakat ni = RM248.80











28-Jan-2018

Jam 7.30am kami keluar breakfast. Rasanya kami orang pertama yang datang breakfast kot, sebab xde orang lagi hehe. Lepas breakfast kami merayap di pantai berdekatan.

Jam 10.30am kami balik ke bilik, berehat dan bersiap untuk check-out. Selepas check-out ingat nak naik boat pergi ke kampung sebelah, tp van Berjaya hanya bergerak jam 2pm, sebabnya ferry samapi jam 3pm. Tak bole g awal la agaknye tuee. So, kami merayap je la sekitar hotel sampai jam 2.00pm.

Jam 2.30pm kami dah sampai ke Jetty Tekek. Beli burger kat pintu masuk jetty. Mahal sket la burgernye, tapi xpe la, kalau x beli kang lapau plak.

Jam 3.00pm ferry pun sampai. Ok ni la kerisauan ktorg. Aku dh beli tiket bas ke KL jam 5.00pm. Ferry gerak jam 3.00pm. Based on experience semalam, ferry ambil masa selama 2 jam untuk sampai ke destinasi. Dari situ ktorg dh bole agak la memang terlepas bas. Redha je la. So, korang yang nak ke Tioman, sila allow 2 jam 30 minit, lagi bagus 3 jam before next plan korg.

Jam 5.20pm kami sampai ke Jetty Mersing. Kluar je terus ktorg berlari marathon ke Terminal Bas Mersing. Nak tercabut kaki iolls. Aku dh check online, ade bas jam 6.00pm. Tu yang bermarathon takut tertinggal bas. Alhamdulillah dapat beli tiket. Harga mahal sket RM38.30.

Bas bergerak jam 6.00pm. Berhenti 3 tempat ambil penumpang, berhenti makan + jem, akhirnya jam 2.30am kami sampai ke TBS. Keras bontot rasanya haha.

Sampai rumah jam 3.00am. Alhamdulillah nasib baik ade Grab Car. Itu pun try banyak kali gak, nasib ade, syukur sangat.

Budget

Lunch = RM6.50
Tiket bas baru = RM38.30
Milo panas = RM2
Grab Car = RM10

Total pembaziran yang aku dh buat setakat ni = RM56.80


TOTAL PEMBAZIIRAN = RM411.00


















Itu la kisah kami bercuti di Tioman selama 2 hari 1 malam. Masa kat Tioman ni tetiba rindu kat Langkawi plak *eh.

Info penting
1) Surau di terminal buka jam 7.00am, so kalau sampai awal pagi better terus ke masjid berdekatan, exercise la sket 😌
2) kalau naik bas, sila estimate dalam 3 jam dari jadual ferry. Contohnya, kalau ferry bergerak jam 3.00pm, beli tiket bas jam 6.00pm
3) sila bawak asam, kepala i olls pening ms naik ferry. Sape yg mabuk laut tu, sila jaga2 la ye cik salmah

Sekian.


4 comments:

  1. salam nak tnya. ade x no sewa bilik kt terminal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..minta maaf dah cari x jumpa no. owner tu. tapi bila sampai kat terminal nanti bole cari iklan2 yg bertampal. bilik sewa tu dekat je dengan terminal, di kedai2 sederet sebelah terminal. owner bilik tu ada kedai makan, seingat saya kedainya dekat dengan tabung haji.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hai, boleh saya tahu cik booking online or sampai dekat berjaya tioman resort baru booking?

    ReplyDelete