Search This Blog

Freeport A'Famosa Outlet

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat balik kampaung. Walaupun sebenarnya minggu selepas tu aku akan menduduki final exam, tapi biase la kan aku, mane kesah haha. Patut la tak dapat dean list.

Sebelum sampai kampung, aku decide nak singgah ke Freeport A'Famosa Outlet. Aku dah pernah pergi sebenarnya masa awal pembukaan outlet ni. Sempat la aku sambar 2 helai jeans jenama Applemints. Jeans murah je, tu je yg mak mampu.

Freeport A'Famosa Outlet adalah satu pusat membeli-belah di Melaka yang menghimpunkan pelbagai jenis brand seperti Nike, Carlo Rino, Clarks, Esprit dan byk lagi. Outlet ni adalah open air mall dan architecture nya adalah berkonsepkn Melaka's Dutch heritage.

Sila layan gambau dibawah..


Picture 1: Pemandangan depan, minta maaf, ni je yang mampu


Picture 2: Syukur la we olls datang pagi, sebabnya tengahari berebut2 orang nak amek gambau kat sini


Picture 3: Gigih memanjat tangga


Picture 4: Giant candy, pening pak guard tgk perangai ktorg

Untuk yang berhajat nak singgah ke outlet ni, dinasihatkan pergi la pagi. Tapi jangan la pepagi bute kate org Melake. Dalam kol 10 tu kira ok la. We olls sampai kat outlet dalam kol 10.30 kalau tak silap (mahap la shor-term memory hehe). Sampai je parking memang banyak k. Keluar dalam kol 2 lebih gitu, keluar2 tgk pergh penuh dah parking. Baru ingat nak bergambau depan outlet tu, tapi dah ade orang duk tunggu parking plak, terpaksa la aku cepat2 blah. So, point nye kat sini adalah, pergi la awal untuk dapatkan parking yang dekat ngan pintu masuk.

Untuk ke outlet senang je. Keluar je tol Simpang Ampat, terus belok kiri, jalan terus sampai kat traffic light. Kat traffic light belok kiri lagi. Jalan terus sampai jumpe outlet ni kat belah kanan. Sebelum sampai outlet ni nanti korang akan terjumpa Cendol Bakar. Bole rujuk peta kat bawah. Gigih mak buat !

Picture 5: Peta ke Freeport A'Famosa Outlet.


Tu je bye.

Assalamualaikum.

p/s: disaat economy tak bapa nak baik ni, jimat2 la ye, beli barang yang perlu je. Nasihat untuk diri sendiri juga ni sebab aku pun boros haha..